Monday, November 25, 2013

Special Modular Mates Package

Salam

Ini entry kedua utk hari ini. Saja, menggunakan nikmat kelapangan sebelum sempit. Kawan-kawan, ingat tak hadis tentang 5 perkara sebelum 5 perkara? kalau tak ingat hadis, ingat lagu nasyid Raihan tu pun boleh. Menarik utk diambil iktibar. Jom layan youtube ini..hihi..menggamit memori pd zaman nasyid tengah up..



Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


Ok, berbalik kepada topik asal saya..modular mates set ni sebenarnya dah lama berada dalam Tupperware. Zaman mak-mak kita. Di rumah arwah nenek saya masih ada bekas ini. Masih elok until now. Dulu rupanya macam ini...

Modular Mates Rectangular Set RM120



Sehingga sekarang masih ada produk ini tetapi dlm classic range. Dan tidak mustahil, ramai di kalangan muda mudi meminati range ini contohnya mama cik epal. Bila di susun dalam kabinet nampak kemas dan teratur. Ianya simple and elegant dlm kelasnya tersendiri.

Namun disebabkan peredaran zaman dan permintaan ramai dari pengguna Tupperware, pelbagai warna telah dihasilkan antaranya warna purple yang sedang hot dipromosikan dlm katalog pd bulan ini. Ini gambarnya..

The whole 8pcs per set (without 4pcs  freezermate) costs only RM150




Exactly the same with penutup merah dan hitam itu. Cuma ini diwarnakan purple.



Mana-mana bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan dlm masa terdekat atau kawan-kawan yang sudah berkahwin tetapi belum berTupperware, boleh membeli set ini sebagai permulaan. Pasti ada kegunaannya nanti! Macam-macam boleh diisi contohnya Milo, susu tepung, tepung gandum dan sebagainya. Kualiti dijamin LIFETIME. Penutup yang rosak akibat merekah, melendut, melepuh atau apa2 kerosakan secara semula jadi boleh ditukarkan pada penutup baru TANPA sebarang bayaran. Sebenarnya pembelian dalam set adalah lebih murah berbanding loose. Jimat in the long run. Jadi, GRAB lah peluang ini !


Namun ada sesetengah daripada kita hanya memerlukan sebahagian sahaja daripada set ini. Masing-masing ada keperluan tersendiri kan ;) Maka, untuk tidak mengecewakan kawan-kawan, saya perkenalkan pakej sy seperti di bawah. 



Pricing List
A. Modular Mates Package (12 pcs termasuk 4pcs freezermates) RM188
B. Freezermate Large II (2pcs) 3.3L & Large I (2pcs) 1.3L RM100
C. Modular Mates Square IV (1pcs) 5.5L & Square II (2pcs) 2.6L RM100
D. Modular Mates Oval I (2pcs) 500ml & Oval II (3pcs) 1.1L RM80
E. Modular Mates Package (8pcs) RM150 


Menarik x? Saya kalau ke stokis, melilau2 mata menengoknya. Seriously cantik !! Bagi kawan-kawan yang berminat boleh terus hubungi. Haii, gaji pun dah dapat kan hihi...Kaching $$ :D

Ok. itu sahaja..Saya beredar dulu...

Azrina :) 
fb: Azrina Tupperware
Sms/Wassap: 0132123611



Sunday, November 24, 2013

Bukan hanya barangan plastik

Salam..

Sebenarnya dalam Tupperware bukan hanya ada barangan plastik tetapi ada juga barangan pencuci, kosmetik dan suplements untuk kesihatan. Jadi kiranya lengkap la head-to-toe..

Hari ini saya nak bercerita tentang barangan kosmetik Nutrimetics. Dulu, Nutrimetics dan Tupperware adalah dua syarikat yang berbeza tetapi kini telah digabungkan di bawah satu bumbung. Packaging Nutrimetics pun dah berubah tetapi dari segi kualiti masih tetap sama, malah mungkin ada sedikit improvement dari range yang lama. Jadi mana2 dealer Tupperware juga merupakan dealer utk Nutrimetics. Produk Nutrimetics paling famous dan saya paling familiar adalah Apricot Foaming Cleanser dan Magix Lip Colour.

Saya pernah menggunakan Apricot Foaming Cleanser ini semasa sekolah menengah. Saya jenis muka berminyak dan cleanser ini berjaya mengurangkan sedikit kadar pengumpulan minyak di muka. Tapi saya menggunakannya bukan dalam masa yang panjanglah sebab dah terputus hubungan dgn dealer Nutrimetics ini. Sekarang saya sendiri dealer nya jadi bekalannya tidak terputus lg hehhe..Mari kita lihat rupanya macam mana sekarang..

Aprikot Foaming Cleanser 175 ml  for only RM25. It works by removing oil and dirts plus balancing oil production of your skin ;) Rasa super fresh and clean lepas cuci muka dgn cleanser ini. Wangi plak tuu ;) 

Bukan setakat cleanser tau. Banyak lg produk lain dlm apricot range ni ..

Satu lagi produk yang saya familiar adalah Magix Lip Colour. Semasa saya bekerja di HUKM, ada kawan-kawan yang menggunakan lipstik ini. Warna bukan main lg hijau, purple, biru..Scary, hihi.. Tapi rupanya lipstik ini berubah ikut warna darah hehehe..dulu packaging macam ini


Sekarang rupanya lebih cantik la...gold2 gitu hihi

Magix Lip Color with Vitamin E (3.5g) is on promotion now, RM 13 per piece..

Saya tengok orang pakai warna purple and green tu menarik mcm lip balm. Ni ada testimoni dari pengguna lipstik ini. Soon, I will try myself dan tunggu testimoninya nanti ;) 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Produk Nutrimetics yang lain boleh dilihat di katalog di bawah ini, 














Itu sahaja..choww..

Azrina ;)
fb: Azrina Tupperware
sms/wassap : 0132123611








Thursday, November 21, 2013

Priceless Aluminium Cabinet

Salam..

Wow, baca tajuk macam gempak aje tapi sebenarnya tak ada apa pun. Saja bikin panas hik3.

Sebenarnya dah lama saya follow blog-blog home improvement dan susun atur ini. Tetapi tak pernah nak meninggalkan jejak, sekadar silent readers. Dan blog-blog ini menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk buat improvement di rumah saya. Banyak tips, do's and dont's saya pelajari dalam niche home improvement blogs ini. Terima kasih ye kawan-kawan.

Kebelakangan ini, saya dah rajin menulis dan asyik mengusha cabaran bulan November sis Fizah..Menarik. Masing-masing dengan idea dan susun atur tersendiri yang applicable untuk orang-orang melayu. Jadi saya terpanggillah untuk menulis satu entry berkenaan aluminium cabinet di dapur saya ni haa..Kenapa priceless? Sebenarnya saya sangat suka dgn aluminium cabinet. Mak dan makcik pun ada aluminium cabinet di rumah. Mungkin terpupuk minat tu pada saya. Kerja sebagai guru tuisyen ini adalah sedikit sebanyak income. So saya fikir better saya kumpul and beli something yang boleh remind saya pasal tuisyen ini. Kiranya cabinet inilah hasilnya dan ianya ada sentimental value pada saya. Bila pandang je cabinet ni rasa berbunga-bunga di hati..hehe..Tu la sebab saya kata priceless ;) Mari kita tgk gambar..


Oven butterfly itu pun hasil daripada kerja saya sebagai guru tuisyen. Ini pun priceless juga ni heee..Psttt, sebenarnya saya sangat suka kerja saya ini and enjoy it very much. Banyak jasanya dalam kehidupan saya ;)

Ok, now mari kita lihat apa yang ada dalam cabinet ini with doors wide opened !


Closed up bagi ruangan pertama ..


Ruangan ini saya khususkan untuk simpan baking ingredients and tools. Kalau perasan pyrex, mixer dan kitchen weighing scale masih dalam kotak. Sebenarnya sengaja, bukannya tak pernah guna tau hihih. Sebabnya saya tak nak ianya berhabuk lagipun senang nak simpan kan. Semua pinggan mangkuk dan hadiah2 kawen saya biarkan dalam kotak. Kalau nak guna baru keluarkan. Dah lepas guna, bersih2kan then masuk kotak balik. Lagipun saya menyewa di bangi ini tak lama. So senang nak pindah randah nnt hehe..

Closed up ruangan kedua pula....


Ruangan kedua ini saya khususkan untuk simpan Tupperware saya. Ada tempat khusus. Senang untuk ambil dan guna nanti. Sebenarnya cara penyimpanan barangan Tupperware yang betul adalah jangan tutupkan penutupnya kalau tiada isi di dalamnya. Biarkan terbuka atau sekadar letak aje penutupnya. Kenapa?? Environment temperature kan berubah over times. Udara yang terperangkap dalam Tupperware itu pun turut berubah-ubah. Sejuk-panas. Sejuk-panas. Dalam jangka masa yang panjang, penutup Tupperware kesayangan kita itu boleh jadi reput...So watch out yer, kita dah beli mahal2, penjagaanya pun perlu tip top :) Saya kumpul semua penutupnya dalam satu bekas penutup periuk. Saya beli ni di Daiso. RM5.00 sahaja. 

Ok, setakat ini sahaja cerita tentang priceless aluminium cabinet..Tiada gambar sebelum dan selepas sbb memang susunannya macam gini hehe..Tetapi time2 malas tu tak teratur macam gini la..kik3...


Ada apa2 improvement tips yang boleh share? sila la yer..


Azrina ;)










Wednesday, November 20, 2013

Promo Tupperware Membership

Salam.

Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat.

Baca tajuk tu mesti dah tahu kan apa yang saya nak cakap kan hihi.. Bukan apa saya nak share sedikit ilmu dan tips pada sesiapa yang berminat untuk menjadi member Tupperware tetapi tercari2 upline yang sesuai. Kalau kawan-kawan dah sampai ke sini, maksudnya rezeki kawan-kawan mungkin di sini. who knows.. ;)

Macam2 reason seseorang nak jadi member Tupperware. Firstly, mesti sebab sangat suka  dengan produk Tupperware . Pantang tengok katalog. Mesti ada yang nak beli. Maksudnya, mungkin jika kawan2 join biz Tupperware, kawan2 akan berjaya. Suka itu yang penting ! Bila kita dah suka, kita rasa senang dan enjoy untuk share kebaikan produk Tupperware dan sekaligus promo2 pada family members, office mates and friends. Kita rasa kepuasan di situ.




Secondly, nak generate side income. Kebanyakan daripada kita dah ada income tetap. Tetapi adakah mencukupi? Itu yang menjadi persoalan. Orang kata semakin besar periuk semakin banyak keraknya. Atau kawan-kawan ini housewife. Selalu sangat beli Tupperware. Nanti suami bising2 dah terbantut kat situ hihih. Meloponglah kita..Jika kawan-kawan seperti dlm situasi di atas, ambil peluang ini dengan menjadi member Tupperware. Bukan setakat dapat beli utk pakai sendiri dengan harga yang lebih murah malah boleh berjual dekat potential customers. Jadi kawan-kawan bukan setakat save 25% bagi setiap pembelian malah dapat untung runcit daripada hasil jualan pada customers tadi. So untung tak? Hmmmm.. mesti ada di antara kita tanya, kalau tak aktif macam mana? nanti burn la duit registration fee tu..Well, untuk kekal status sebagai aktif, kawan-kawan hanya perlu berbelanja sebanyak RM500 sepanjang 6 bulan berturutan. Arggg, susah la. Bukan selalu membeli huhu..Senang. Sebenarnya RM500 itu dikira daripada pembelian ikut harga katalog (tanpa potongan 25%) tu. Kalau tak cukup jugak? Ini yang penting kawan-kawan mempunyai upline yang komited. Kalau upline yang komited, dia akan cukupkan RM500 tu. Upline itu mesti jaga downline dia punyer la. So ehem ehem..Pilih lah saya, InsyaAllah, kita akan saling tolong menolong. Promote sikit hehe. Saya pun ditolong oleh upline saya. So in return saya akan tolong downline sy ;)




Bila ada dua sebab ini dalam diri kawan-kawan, rasanya dah cukup untuk kawan-kawan ambil tindakan approach your potential upline and contact he/she right away by sms/wassap/fb/email. Kawan-kawan akan dilayan dengan baik. Tanyalah apa yang nak ditanya. Bagi terang lg bersuluh ;)

Semasa saya join Tupperware hari itu, saya ambil pakej RM70 je. Basic business kit. It was worth it. Dapat return. Plus upline saya ada bagi mystery gift lagi.hihih...Mari kita lihat apa yang ada dalam pakej ini





Kalau ikutkan dalam pakej ini, nilainye lebih drpd RM70. Bekas purple besar tu dan berharga RM50+ plus tidak dijual dalam katalog. Exclusive you :D Manakala sample berry gen and lacto fiber tu bernilai RM20. Dapat key chain eco bottle lagi hihi...Tak rugi yer kawan-kawan labur duit RM70 tu. Jangan lupa ada hadiah mystery drpd I..Dah namanya mystery, haruslah gambarnya tiada di sini. hihi..Suspen la sangat.

Conclusion, why not we give it a try? Kita tak tahu rezeki kita di mana. Jadi, usaha dulu, baru tawakal ;) 

Jika saya boleh, kawan-kawan MESTI boleh !! yakin boleh !!






Azrina,
fb: Azrina Tupperware
sms/wassap: 0132123611

pssttt: saya dari Dream Team. Di link itu adalah mentor saya. We work together to achieve our dream..Come hurry join us ;)


Monday, November 18, 2013

Jualan Nov 2013

Salam..

Saya ada beberapa items untuk di let go..Jom kita lihat apo kobondo nyer haa.. ;)

Luncheon plate (4 biji) RM25. Sesuai untuk kanak2. Tiada masalah pinggan pecah lagi dah ;) 


Berry Buddy 2.0L (1biji) RM28


Square A-Way 350mL (4biji) RM32. Sesuai untuk letak sandwich ke kuih2 ke dan bawa ke office


Handolier 1.5L dan Tumblers 900mL, both with Pouch RM64. Senang nak dibawa ke mana-mana. Siap ada name tag lg. Jadi, tak perlu risau tertukar dgn kawan2 ihihih


Garlic-N-All Keeper 3.0L (1biji) RM40 untuk kekemasan didapur


Expression Tumbler with Seal 330mL. 1 biji RM7. 4 biji RM26. Boleh set dgn Luncheon plate ;)


Beli 4 biji Large Square Round 2.0L, dapat FREE 4 biji Shallow Square Round 250mL for ONLY RM59. Colour gerenti cantik. Sekarang kan temanya blocking colours hehe


Beli 4 biji Compact Canister 600mL dapat FREE 1 biji One Touch Canister HANYA RM39


Eco Bottle 750ml (4biji) RM70 dan dapat FREE 1 biji yang berwarna Putih. Beli 1biji RM16. 


Modular Mates Set, Beli 10 items dgn harga RM188 dapat FREE 2 biji freezermate yang besar 3.3L. Jika nak beli loose pun boleh. Nanti pm saya, kita story2 siket :)


One Touch set ini jual loose. If interested yang mana2, boleh terus pm saya. InsyaAllah harga terbaik punyer


Christmas Surprise/ One Touch 1.3L (2 biji) RM73 dapat FREE gift bag tu 

Lolly Tup (2 biji), both for RM23. Pink for her. Green for him. Sweet kan.. ;)


Itu sahaja setakat ini. Harga yang tertera tu tidak termasuk pos ye..pos boleh pilih nak yang parcel (registered pos) atau pos laju. 

Ada yang menarik perhatian? hehe..boleh la contact saya di facebook Azrina Tupperware atau wassap/sms 0132123611

p/s: Saya dah serik pergi ke pejabat pos mini di Jln Reko yg dlm Econsave tu. Kisahnya saya nak send parcel. Berat parcel tu 2.6kg jadi kos posnya dlm RM7.00-8.50 TETAPI saya telah dicajkan sebanyak RM23. Katanya ikut volumetrik. Senang cerita kotak besar tapi barang ringan. Lepas itu, saya minta la list volumetrik tu. Senang nak bajet kos pos bila customer tanya. Katanya, pos mini tak boleh bagi list tu. Kena minta dgn pejabat pos besar. Saya pun pergilah ke Pos Besar Kajang, senang utk masa2 depan. Di kaunter tu saya minta la list tu. Cik adik di kaunter pening2, katanya pos parcel mana ada ikut volumetrik. HANYA pos laju sahaja. Adoii..Saya pun story2 la kisah di pejabat pos mini Jln Reko tu. Dia ckp pejabat pos besar xdapat la nak return duit saya tu. Tp Cik adik nasihatkan saya pegi balik ke pejabat pos mini itu dan cakap la gitu-gini gitu-gini supaya perkara ini tak berulang pd customer lain. Mungkin staff tersebut staff baru. Saya pun pegi la, explain la apa yang Cik adik di Pejabat Pos besar Kajang cakap. Staff di pejabat pos mini kata, sistem pejabat pos mini lain dgn pejabat pos besar. Kalau akak nak murah, akak pergi la (pos barang) di pejabat pos besar. hmm..So endingnya sampai situ la. Saya pun malas nak ambil pusing lagi dah. Memang rezeki pejabat pos mini tu lah. Frust juga td. So after this, I will NEVER to pejabat pos mini lg dah. Full stop 

Sekian lah luahan rasa saya hari ini..sampai ketemu lagi yer..

Wassalam


Sunday, November 17, 2013

Part 2: Air dan Botol Plastik

Salam

Hari ini saya nak sambung entry tentang Air dan Botol Plastik. InsyaAllah, part 2 ini yang terakhir dah.

Sebelum itu, saya nak mengucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan yang sudi menjenguk blog saya yang tak seberapa ini. Ada few bloggers yang contact saya in person and order barang Tupperware. Terima kasih. I hope I served you well especially Sis Intan. Jika ada kawan-kawan yang nak tanya anything pasal Tupperware, boleh terus wassap/sms saya 0132123611 atau di facebook Azrina Tupperware ye. Alhamdulillah, hari ini saya ada deliver Eco Bottle 750ml kepada customer di Puchong (Sis Hasma). Nice meeting you and your mom. We had very long conversation and it was wonderful ! Nanti kita jumpa lagi yer ;)



Ok kita balik pada topik asal entry ini ye. Pada entry lepas, saya ada mention tentang kepentingan minum air dan recyle numbers pada bahagian bawah barangan plastik. Masih ingat lagi nombor yang mana selamat dan yang mana tidak selamat? hehehe.

Hmmm..mungkin ada yang bertanya kalau kita ambil tidak peduli tentang recycle numbers ini, apakah kesan-kesannya? Well, melalui pembacaan saya, kesannya adalah dlm jangka masa yang panjang dan bergantung kepada jenis barangan plastik yang kita guna. Antara kesan-kesannya:


  1. Plastic #3 (PVC- Polyvinyl Chloride): Baby lahir kurang berat, kanak-kanak mengalami masalah dalam pembelajaran dan kelakuan, menganggu sistem hormon dalam badan, menyebabkan cancer, kecacatan semasa lahir dan penyakit genetik. Ini adalah sangat logik berdasarkan pembelajaran saya semasa di universiti dulu dalam Biochemistry course kerana PVC mengandungi plumbum, dioxins, vinyl chloride dan sebagainya. 
  2. Plastic #6 (PS- Polystrene): Berdasarkan kajian ke atas haiwan, styrene boleh bertindak sbg neurotoxin yang berbahaya pada sel darah merah, hati, buah pinggang dan organ-organ di perut. Styrene ini juga boleh berkumpul dalam lemak badan once ingested (ditelan melalui pemakanan). 
  3. Plastic #7 (Other - mixed): Kalau kawan-kawan familiar dgn BPA, BPA ini datangnya daripada polycarbonate plastic yang bernombor 7. BPA ini boleh meniru (mimic) tindak balas hormon estrogen (hormon perempuan) dan kajian ke atas young animals menunjukkan BPA ini boleh menyebabkan kanser dengan menghasilkan kerosakan pada kandungan genetik kita. Kalau berlakunya genetic damage ini, fungsi normal sesuatu sel badan akan berubah. So logik lah kalau BPA ini dikaitkan dengan kanser. 


Semua ini kawan-kawan boleh baca di link ini. Dah baca semua ini, kita rasa scary kan tapi pucuk pangkalnya terserah pada Allah yang penting kita mengambil inisiatif untuk mengelakkannya since kita dah tahu. Apa kata orang? Bertawakkal sesudah berusaha kan..

Diakhir kalam (chewah), saya nak share satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dalam buku terjemahan hadis Sahih Bukhari, jilid 1.

Abu Qatadah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda " Apabila seseorang  kamu minum, janganlah bernafas dalam bejana (bekas) tempat minum dan apabila kamu buang air, janganlah menyentuh kemaluanmu dengan tangan kanan dan jangan pula bersuci dengan dengan tangan kanan itu" *

* Dalam hadis ini Rasulullah melarang bernafas dalam bekas minuman semasa kita minum air kerana nafas yang keluar dr hidung/mulut mungkin mengandungi kuman penyakit atau kotoran. Nabi juga melarang menyentuh kemaluan dan bersuci dengan tangan kanan untuk kesihatan, kebersihan dan kesopanan. Tangan kanan gunanya untuk menyentuh yang baik-baik shj ;) 



Harap semuanya bermanfaat untuk kawan-kawan.

Sekian, wassalam. 








Friday, November 15, 2013

Mix and Match Set

Salam..

Kadang-kadang, kita nak guna barangan Tupperware dan mahu juga ada beberapa koleksi kan untuk kegunaan pada masa hadapan. Namun, disebabkan harga barangan yang agak mahal, kemahuan kita terbantut. Dulu-dulu, saya selalu banding-bandingkan harga. Kalau boleh, beli dgn harga sekian-sekian tapi ada bilangan items yg banyak. Jadi, nanti koleksi akan pelbagai la heheh.

So untuk kawan-kawan yang sama wave length dengan saya, saya nak memperkenalkan mix and match set pada harga yang terbaik dan murah. It's a win-win situation. Kawan-kawan dapat tambah koleksi Tupperware dan saya pula dapat let go stocks saya ni ;) Jom kita lihat apa yang ditawarkan tu..


-------------------------------------------------------------------



Jadi, apa yang ditunggu lagi..Jom-Jom sebelum kehabisan stock. 

Sekian, 
Azrina:  fb Azrina Tupperware & sms/wassap 0132123611



Tuesday, November 12, 2013

Temanya Tupperware Bottles/ Containers

Salam..

Semalam saya ada tulis entry ttg air dan botol plastiknya. Itu baru part 1. Saya akan sambung part 2 tapi nantilah kena buat research dulu hehe..Nak menyampaikan info perlu pastikan kesahihannya dulu, ye dok?

Disebabkan dah cerita gitu-gini pasal botol minuman ni, saya nak promo la sikit Tupperware punyer drinking bottle or container yang tengah on sale sekarang..



Eco bottle (750ml) Beli 4 PERCUMA 1. Nak beli LOOSE pun bisa dirundingkan ;)



Handolier (1.5L) dan Tumbler (900ml) with pouch. Senang nak bawak ke mana2.  Beli kedua-duanya UNTUNG besar. Nak beli 1 je, bisa dirundingkan ;)



Berry Buddy (2L). Dah siap berisi air dah tu heheh..pinjam dlm peti sejuk saya punyer..




Ocean & Forest Square Eco Bottle (yang adik beradik hijau & biru tu, 1L) 
plus twilight tumbler (yang dark blue to black tu, 900ml) 



Haa..sebelum terlupa, ada customer tanya kenapa certain Tupperware bottles/ containers tiada recycle number tu .. Ni dia jawapan Tupperware Brands Corp .. Boleh click link provided for details .. ;)



Jangan lupa promosi keahlian juga masih diteruskan. Mari kita sama2 bekerjasama di bawah satu bumbung. back up each other..berganding bahu, barulah cepat maju.. yeay :) 





So tunggu apa lagi..jom pm saya di sini, di facebook Azrina Tupperware, di sms/wassap 0132123611..insyaAllah, anda akan dilayan sebaiknya..harga terbaik akan diberi..

Terima kasih