Tuesday, November 12, 2013

Part 1: Air dan Botol Plastik


Lebih 70% permukaan bumi dilitupi air dan terdapat antara 50% - 75% air dlm badan seorang dewasa yang mengalami pertumbuhan yang normal. Kita digalakkan utk minum air sebanyak 1.6L bagi perempuan dewasa dan 2.0L bagi lelaki dewasa dlm masa sehari. Macam mana nak tau kita dah minum air dengan secukupnya kalau kita tak measure? Ada kawan saya yang juga merupakan seorang doktor perubatan ckp kita perlu observe air kencing (urine) kita. Kalau warnanya kuning, maksudnya badan kita tak cukup air. Kalau warnanya jernih macam plain water, maksudnya badan kita sudah menerima air yang cukup.




Antara fungsi air dlm badan kita ni adalah:

  1. Air dapat mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan. Cecair dlm badan penting utk sistem pencernaan, pengangkutan nutrients, penghasilan air liur dan mengekalkan suhu badan
  2. Air membantu dlm pengawalan kalori. Minum air dlm kuantiti yang banyak menyebabkan kita cepat rasa kenyang kan?
  3. Air membantu dlm memastikan sel otot sentiasa bertenaga. Jika kekurangan air, sel otot akan mengalami keletihan (muscle fatigue) 
  4. Air memastikan kulit nampak segar dan lembap secara semulajadi. Cantik gitu..
  5. Air memastikan buah pinggang (kidney) dapat berfungsi dengan efisien dlm penyingkiran toksin daripada badan kita
  6. Air yang cukup dapat mengelakkan sembelit jadi kesihatan bowel system terjamin..lupa bahasa melayunya..sistem anus la pendek cerita ;) 


Saya ada satu masalah. Dlm masa 1 hari, saya hanya minum sedikit air shj mungkin 500ml or less. Sebab tak rasa dahaga. Kadang-kadang, bila ada kesedaran sivic sikit, saya minum lebih. Saya pernah bercerita tentang hal ini kpd si doktor tu, dia ckp with your drinking habit, by the age of 40 you will have kidney problems. Bila teringat kata2 dia, saya akan minum lebih la hehe

Tips utk kerap minum air:

  1. Pastikan kita sentiasa minum air kosong atau minuman ringan setiap kali sebelum dan selepas makan berat atau makan kunyah2
  2. Pilih minuman ringan yang kita sangat suka minum. Tetapi beringat, kurangkan tahap kemanisan..haii, harga gula pun dah naik kan >.<
  3. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Depa ini boleh membantu dalam meningkatkan kandungan air dlm badan kita
  4. Pastikan kita ada 1 botol favourite dan sentiasa bersama kita samada di rumah, di pejabat, dalam kereta , dalam handbag. Saya ada !! 500ml eco bottle Tupperware. Tak besar sgt tak kecik sgt. Tak sakit bahu nak usung ke hulur ke hilir ;)
  5. Lagi latest, sekarang ada app yang boleh di install dalam hanpdone canggih2 tu utk ingatkan kita tentang our water consumption hee 

Saya ada satu lagi masalah. Saya ada terbaca rumours ckp kita tak boleh guna botol2 plastik yang biasa utk refill air banyak2 kali. Katanya bahan kimia yang digunakan untuk membuat botol plastik tu akan meresap dalam minuman kita especially kalau kita isi air panas di dalamnya atau dedahkan botol plastik yang berisi air pd cuaca yg panas (plg common, dalam kereta)


Hmmm..pernah dengar recycle number? Cara kita nak cam botol plastik mana yang ok dan yang mana tak ok adalah berdasarkan recycle number ni la. Besanya kat bawah botol ada nombor ni. It’s a BIG NO to botol plastik yang ada recycle number 3, 6 dan 7. Small NO to botol plastik yang bernombor 1. Sebab ianya hanya sesuai utk single use only. Nombor 2, 4 dan 5 adalah selamat (so far) .. ;)
Pheww panjang lebar.. By the way, botol plastik Tupperware macam mana? Bukan botol sahaja..barang2 lain dalam Tupperware kan plastik… Jeng jeng jeng..




Sekian, harap ini bermanfaat buat kawan-kawan semua..



Rujukan utk baca2 lebih mendalam:

  1. 6 reasons to drink water http://www.webmd.com/diet/features/6-reasons-to-drink-water?page=2
  2. Water is good, but the bottles are not ! http://www.medimanage.com/my-diet/articles/water-is-good-but-the-bottles-are-not.aspx
  3.  Are plastic drink bottles safe to reuse for drinking water? http://homeguides.sfgate.com/plastic-drink-bottles-safe-reuse-drinking-water-79290.html
  4. FAQs The safety of plastic Beverage bottles http://www.plasticsinfo.org/Functional-Nav/FAQs/Beverage-Bottles
  5. The Numbers on Plastic Bottles http://www.nationofchange.org/numbers-plastic-bottles-what-do-plastic-recycling-symbols-mean-1360168347
  6. Understanding Plastic Recycling Codes http://www.healthtalktoday.net/wp-content/uploads/healthtips/understanding-plastic-codes.pdf
  7. Decoding the codes http://www.tupperware.com.sg/safety_assurance_decoding.php
  8. BPA-free http://www.tupperware.ie/help/bpa-free


No comments:

Post a Comment