Sunday, November 17, 2013

Part 2: Air dan Botol Plastik

Salam

Hari ini saya nak sambung entry tentang Air dan Botol Plastik. InsyaAllah, part 2 ini yang terakhir dah.

Sebelum itu, saya nak mengucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan yang sudi menjenguk blog saya yang tak seberapa ini. Ada few bloggers yang contact saya in person and order barang Tupperware. Terima kasih. I hope I served you well especially Sis Intan. Jika ada kawan-kawan yang nak tanya anything pasal Tupperware, boleh terus wassap/sms saya 0132123611 atau di facebook Azrina Tupperware ye. Alhamdulillah, hari ini saya ada deliver Eco Bottle 750ml kepada customer di Puchong (Sis Hasma). Nice meeting you and your mom. We had very long conversation and it was wonderful ! Nanti kita jumpa lagi yer ;)



Ok kita balik pada topik asal entry ini ye. Pada entry lepas, saya ada mention tentang kepentingan minum air dan recyle numbers pada bahagian bawah barangan plastik. Masih ingat lagi nombor yang mana selamat dan yang mana tidak selamat? hehehe.

Hmmm..mungkin ada yang bertanya kalau kita ambil tidak peduli tentang recycle numbers ini, apakah kesan-kesannya? Well, melalui pembacaan saya, kesannya adalah dlm jangka masa yang panjang dan bergantung kepada jenis barangan plastik yang kita guna. Antara kesan-kesannya:


  1. Plastic #3 (PVC- Polyvinyl Chloride): Baby lahir kurang berat, kanak-kanak mengalami masalah dalam pembelajaran dan kelakuan, menganggu sistem hormon dalam badan, menyebabkan cancer, kecacatan semasa lahir dan penyakit genetik. Ini adalah sangat logik berdasarkan pembelajaran saya semasa di universiti dulu dalam Biochemistry course kerana PVC mengandungi plumbum, dioxins, vinyl chloride dan sebagainya. 
  2. Plastic #6 (PS- Polystrene): Berdasarkan kajian ke atas haiwan, styrene boleh bertindak sbg neurotoxin yang berbahaya pada sel darah merah, hati, buah pinggang dan organ-organ di perut. Styrene ini juga boleh berkumpul dalam lemak badan once ingested (ditelan melalui pemakanan). 
  3. Plastic #7 (Other - mixed): Kalau kawan-kawan familiar dgn BPA, BPA ini datangnya daripada polycarbonate plastic yang bernombor 7. BPA ini boleh meniru (mimic) tindak balas hormon estrogen (hormon perempuan) dan kajian ke atas young animals menunjukkan BPA ini boleh menyebabkan kanser dengan menghasilkan kerosakan pada kandungan genetik kita. Kalau berlakunya genetic damage ini, fungsi normal sesuatu sel badan akan berubah. So logik lah kalau BPA ini dikaitkan dengan kanser. 


Semua ini kawan-kawan boleh baca di link ini. Dah baca semua ini, kita rasa scary kan tapi pucuk pangkalnya terserah pada Allah yang penting kita mengambil inisiatif untuk mengelakkannya since kita dah tahu. Apa kata orang? Bertawakkal sesudah berusaha kan..

Diakhir kalam (chewah), saya nak share satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dalam buku terjemahan hadis Sahih Bukhari, jilid 1.

Abu Qatadah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda " Apabila seseorang  kamu minum, janganlah bernafas dalam bejana (bekas) tempat minum dan apabila kamu buang air, janganlah menyentuh kemaluanmu dengan tangan kanan dan jangan pula bersuci dengan dengan tangan kanan itu" *

* Dalam hadis ini Rasulullah melarang bernafas dalam bekas minuman semasa kita minum air kerana nafas yang keluar dr hidung/mulut mungkin mengandungi kuman penyakit atau kotoran. Nabi juga melarang menyentuh kemaluan dan bersuci dengan tangan kanan untuk kesihatan, kebersihan dan kesopanan. Tangan kanan gunanya untuk menyentuh yang baik-baik shj ;) 



Harap semuanya bermanfaat untuk kawan-kawan.

Sekian, wassalam. 








No comments:

Post a Comment