Thursday, November 21, 2013

Priceless Aluminium Cabinet

Salam..

Wow, baca tajuk macam gempak aje tapi sebenarnya tak ada apa pun. Saja bikin panas hik3.

Sebenarnya dah lama saya follow blog-blog home improvement dan susun atur ini. Tetapi tak pernah nak meninggalkan jejak, sekadar silent readers. Dan blog-blog ini menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk buat improvement di rumah saya. Banyak tips, do's and dont's saya pelajari dalam niche home improvement blogs ini. Terima kasih ye kawan-kawan.

Kebelakangan ini, saya dah rajin menulis dan asyik mengusha cabaran bulan November sis Fizah..Menarik. Masing-masing dengan idea dan susun atur tersendiri yang applicable untuk orang-orang melayu. Jadi saya terpanggillah untuk menulis satu entry berkenaan aluminium cabinet di dapur saya ni haa..Kenapa priceless? Sebenarnya saya sangat suka dgn aluminium cabinet. Mak dan makcik pun ada aluminium cabinet di rumah. Mungkin terpupuk minat tu pada saya. Kerja sebagai guru tuisyen ini adalah sedikit sebanyak income. So saya fikir better saya kumpul and beli something yang boleh remind saya pasal tuisyen ini. Kiranya cabinet inilah hasilnya dan ianya ada sentimental value pada saya. Bila pandang je cabinet ni rasa berbunga-bunga di hati..hehe..Tu la sebab saya kata priceless ;) Mari kita tgk gambar..


Oven butterfly itu pun hasil daripada kerja saya sebagai guru tuisyen. Ini pun priceless juga ni heee..Psttt, sebenarnya saya sangat suka kerja saya ini and enjoy it very much. Banyak jasanya dalam kehidupan saya ;)

Ok, now mari kita lihat apa yang ada dalam cabinet ini with doors wide opened !


Closed up bagi ruangan pertama ..


Ruangan ini saya khususkan untuk simpan baking ingredients and tools. Kalau perasan pyrex, mixer dan kitchen weighing scale masih dalam kotak. Sebenarnya sengaja, bukannya tak pernah guna tau hihih. Sebabnya saya tak nak ianya berhabuk lagipun senang nak simpan kan. Semua pinggan mangkuk dan hadiah2 kawen saya biarkan dalam kotak. Kalau nak guna baru keluarkan. Dah lepas guna, bersih2kan then masuk kotak balik. Lagipun saya menyewa di bangi ini tak lama. So senang nak pindah randah nnt hehe..

Closed up ruangan kedua pula....


Ruangan kedua ini saya khususkan untuk simpan Tupperware saya. Ada tempat khusus. Senang untuk ambil dan guna nanti. Sebenarnya cara penyimpanan barangan Tupperware yang betul adalah jangan tutupkan penutupnya kalau tiada isi di dalamnya. Biarkan terbuka atau sekadar letak aje penutupnya. Kenapa?? Environment temperature kan berubah over times. Udara yang terperangkap dalam Tupperware itu pun turut berubah-ubah. Sejuk-panas. Sejuk-panas. Dalam jangka masa yang panjang, penutup Tupperware kesayangan kita itu boleh jadi reput...So watch out yer, kita dah beli mahal2, penjagaanya pun perlu tip top :) Saya kumpul semua penutupnya dalam satu bekas penutup periuk. Saya beli ni di Daiso. RM5.00 sahaja. 

Ok, setakat ini sahaja cerita tentang priceless aluminium cabinet..Tiada gambar sebelum dan selepas sbb memang susunannya macam gini hehe..Tetapi time2 malas tu tak teratur macam gini la..kik3...


Ada apa2 improvement tips yang boleh share? sila la yer..


Azrina ;)










9 comments:

  1. Tq sis utk tips penjagaan tprware...

    ReplyDelete
  2. salam kenal...

    Nak tanya berapa harga aluminium cabinet ni..cantik sangat..kat mana nak beli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal Mama Rizqin..

      saya beli di kedai perabot seksyen 7 Bdr Baru Bangi. Saya da lupa la name kedai nyer hihi tetapi dia opposite dgn Surau Al-Islah Seksyen 7 Bangi..Pricing dlm RM180+ ;) Banyak design lain lagi..

      Delete
  3. thanks share tips. sy pon suka kabinet ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome :)

      kabinet ni mudah dialih2 sbb ringan.

      Delete
  4. ye ek..tutup tupperware tu kena asingkn...baru tau ni...wahhhh byk tul dpt info dari korang...tq tq...i LIKE! :))

    ReplyDelete
  5. utk tahan kan penutup tupperware memang gitu la caranya. same2 share info ;)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih. First time tahu pasal cara yang betul untuk simpan tupperware :)

    ReplyDelete