Wednesday, December 4, 2013

I Love My Freezermate !!

Salam..

Tengah semangat ini!! Ada beberapa kawan telah order Freezermate set dan ada yang telah dapat pun hehehe..Harap kawan-kawan pun suka Freezermate ini ;)



  1. Freezermate fresh set (6pcs; 2.3L & 1.0L) RM83
  2. Freezermate Medium II (3pcs; 1.5L) & FREE 3 biji Medium I (550ml) RM73
  3. Freezermate Small III (2pcs, 1.0L) RM26 


Straight to the points, why do I love my Freezermate?


  1. Lauk pauk tak keras kejung dlm freezer. Bekasnya kedap udara dan air. Jadi lauk-pauk kita tak berais tebal.
  2. Cepat utk di-defrost. Rendam aje dgn air lepas tu siap2kan rencah utk masak..TARAAAA..lauk pauk pun dah ready utk di masak. Tapi ada yang tanya saya, boleh tak masukkan freezermate dlm microwave utk defrost?? The answer is BIG NO-NO-NO . Freezermate ini diperbuat dari plastik yang lembut begitu juga penutupnya supaya bila lama2 dlm freezer, ia tak rapuh & patah bila dibuka tutup. Jadi, jangan defrost guna microwave ye kawan-kawan.. ;)  Lagipun microwave tak elok utk kesihatan. 
  3. Saya suka designnya. Bahagian bawah bekasnya tak rata tau, ada lekuk2 sedikit. Jadi apabila dimasukkan dlm freezer, freezermate ini tak menggelonggsor atau tergelincir bila terkena ais. Lagi satu, bucunya bulat (tidak berbuju tajam) dan dasarnya terasing. Jadi apabila kita tindihkan banyak2 freezermate dlm freezer, peredaran udara antara freezermate yg bertindih itu berlaku. Jadi, lauk pauk kita dlm freezermate yg di atas tetap akan beku mcm yg di bawah. Saya perhatikan memang designer Freezermate ni teliti..Dah difikirkan siap2 masalah yang bakal dihadapi oleh consumers. I Like !!



Dah lama-lama gunakannya, kita akan nampak kelemahannya. Haii, mana ada yang perfect kan :D Bau hanyir lauk pauk melekat walaupun dah dibasuh dgn sabun. Masalah ini bukan hanya melibatkan Freezermate shj tau. Produk Tupperware yg lain pun sama. Bau akan melekat walau telah dibasuh.

Dahtu macam mana? Jawapannya senang ajo.. Saya ada 2 cara untuk hilangkan bau daripada bekas Tupperware:
  1. Perahkan limau dlm bekas Tupperware itu dan campur dgn sedikit air. Alah, nak kena beli limau pula!! Ongkos lagiii..hehehe.. Jangan risau, saya ada solusi supaya kawan-kawan tak perlu keluarkan $$. Kulit limau selepas diperah dlm masakan kita, jangan terus dibuang. Sebaliknya, masukkan ia dlm bekas Tupperware yg berbau. Jangan lupe, campurkan air. Biarkan rendaman ini dlm 2-3 jam atau half day. InsyaAllah bau hanyir/ busuk akan hilang ;)
  2. Limau tiada, bau ada!! Jangan risau! Ada satu alternatif lagi, lembapkan surat khabar lama dan masukkan ia ke dlm Tupperware yg berbau itu. Tutup rapat2 dan biarkan halfday atau seharian. Masih berbau?Maka biarkan ia semalaman hihih..Sebenarnya surat khabar itu ada karbon (tulisan hitam itu adanya karbon), maka karbon ini akan menyahkan bau. Sama juga caranya jika peti ais kita berbau, kita boleh letak arang atau beli pouch yg berisi arang/charcoal. InsyaAllah bau-bau yang tidak menyenangkan akan hilang ;) 

Side view: rendaman kulit limau utk hilangkan bau ;) 

Top view heheh..


Dahtu kenapa perlu nak di-up kan satu entry? Beria-ria eerr engkau, kikiki.. Saja lah nak share ilmu dan tips bagi pengguna Freezermate ni ha.. ;) Bukan hanya tau jual ajee, katanya... ;)

Pssssttt, sesiapa yang belum ada,jom beli Freezermate set ini dgn saya. Tengah promo ni. RUGI tak beli sekarang. Bulan depan belum tentu ada promo tauu.. ;)





Ni storage chart. Senang nak membajet nak beli size yg besar mana. Setiap keluarga menstokkan lauk pauk pd kadar yg berbeza-beza mengikut keperluan.  Ada yang suka stok lauk pauk banyak2, jadi belilah set yg besau-besau. Ada yang stok sedikit shj, jadi belilah Freezermate yang kiut-miut hihihih



Nota: Sesiapa yang join ahli dgn saya, saya akan bagi free gift Freezermate 1biji..Terhad kpd 3org shj tau. Cepat jangan tak cepat..

Disclaimer: Bayaran utk jadi ahli masih RM70 walaupun free gift nyer freezermate.. ;)

Sekian,
Azrina ;)

013-2123611/ 013-2480712
fb: Azrina Tupperware

No comments:

Post a Comment